Dari Meja Ketua Pegawai Eksekutif,
Salam sejahtera
Alhamdulillah, dengan rasa syukur yang mendalam, saya ingin berkongsi Misi dan Visi kami di Yayasan Komuniti Sejahtera Berhad.
YKS beriltizam untuk menjadi pendorong perubahan yang positif di pelbagai kelompok komuniti. Dengan komitmen kepada nilai-nilai keadilan, kelestarian, dan keharmonian, kami akan terus berusaha untuk menyokong segala usaha demi pembangunan komuniti yang dinamik, inklusif, dan sejahtera.
Kita percaya bahawa kekuatan sebuah komuniti terletak pada perkongsian dan kerjasama. Menghadapi cabaran dan peluang yang semakin kompleks, YKS berazam menjalankan pelbagai program inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup setiap individu. Ini termasuklah program pendidikan, projek-projek kelestarian, dan usaha untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting.
Saya amat mengalukan setiap individu untuk terus memberi pandangan dan menyokong projek komuniti secara dinamik dalam menjana impak positif.
Akhir kata, mari kita bersama-sama memperkukuh kekuatan komuniti kita. Saya yakin dengan usaha bersama, kita mampu membina sebuah komuniti yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Carta Organisasi Yayasan Komuniti Sejahtera Berhad

Pihak Pengurusan Yayasan Komuniti Sejahtera Berhad

Aizal Aswad Hj Narhamdan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
- Lahir di Klang, Selangor.
- Graduan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Memulakan kerjaya di CITIBANK Berhad.
- Pernah menjawat jawatan Pengurus Besar Koperasi dan Pengarah Syarikat.
- Berpengalaman luas dalam Perbankan, Kewangan, dan Pentadbiran.

Mohd Shamsul Saary
Ketua Pegawai Kewangan (CFO)
- Analitikal, strategik, dan terperinci dalam kepemimpinan serta kemahiran kewangan.
- Berpengalaman 20 tahun dalam pengurusan dan perancangan kewangan.
- Profesional dalam perusahaan tempatan dan multinasional di industri perbankan dan kewangan.
- Lulusan Executive Advance Diploma in Business Management & Entrepreneurship dari Asia E University.
- Pakar dalam strategi dan operasi kewangan.

Suhaimi Abd Aziz
Ketua Pegawai Perniagaan – CBO
- Lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- 15 tahun pengalaman dalam sektor kerajaan, merangka polisi dan laksana program ekonomi & keusahawanan.
- Pernah terlibat di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Pernah dilantik sebagai pengarah syarikat swasta selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan.
- Berpengalaman dalam bidang pembinaan, pemasaran, kesihatan dan teknologi.
Hubungi Kami
No. Tel :+603-4266 8078
Emel info : yayasankomunitisejahtera@gmail.com
Alamat Perniagaan:
T2A-23A-05
Menara 3
No 296 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Pages
Maps Location
Proudly powered by WordPress
